Tag Archives: agama

Selamat Menyambut Ramadhan

1 Aug

Hari ini sudah masuk nalam pertama bulan Ramadhan. Kepada semua pembaca blog ini saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarrak. Semoga bertambah usaha untuk beribadah di bulan mulia ini.

Bertamu Di Mesjid Negara

15 Jul

Dah lama juga tidak berkunjung ke Mesjid Negara  sejak pejabat berpindah ke Bukit Jalil. Hari ini mungkin ada panggilan untuk menjadi tetamu di sini. Syukur alhamdulillah. Tadi balik dari mesyuarat sudah lewat petang. Selepas bertolak dari tempat mesyuarat, awan mendung dan ingtkan sempat untuk balik ke rumah untuk sembahyang Asar. Rupnya jalan jam teruk sebaik sahaja masuk ke Lebuhraya Mahameru. Dalam terensut-ensut mengekori kenderaan tiba-tiba terlintas untuk sembahyang Asar di Mesjid Negara. Apa llagi tengok jalan ke arah Bandaraya dan Dataran Merdeka agak lenggang. Perkiraan aku tepat. Jalan menuju Pusat Bandaraya tidak banyak kenderaan. Sampailah aku ke Mesjid Negara dan Alhamdulillah dapat menunaikan Asar di sini. Sekaran tunggu untuk Maghrib pula. Dapatlah berjemaah.

Kadang-kadang kita lupa bahawa sesuatu yang dijadikan Allah itu satu rahmat kepada hhamba-hambanya. Jika sekiranya jalan tidak sibuk dan keadaan jam, mungkin tidak terlintas untuk datang bertamu di Mesjid Negara ini.

Posted on Samsung Tab

Jumaat Di Surau Ar Rahman PWTC

30 Jul

Pada mulanya apabila datang PWTC untuk menghadiri satu konference yang melliputi hari Jumaat, aku tercari-cari di manakah mesjid terdekat untuk sembahyang Jumaat.
Bila berada di PWTC, nampak meklumat menjemput orang ramai untuk sembahyang Jumaat di Surau Ar Rahman yang terletak di Tingkat 3. Lega rasanya. Tak payah tinggalkan bangunan untuk solat Jumaat. Jadi Jumaat hari ini sembahyang di situlah.

Selepas sembahyang disediakan pula makan tengahari. Bestnya. Tapi tak tahulah samada setiap minggu atau pada peringkat permulaan ini. Memandangkan saya sudah pun makan selepas menghadiri sesi pagi Konferens, maka saya tidak ambil makan tengahari yang disediakan itu. Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang melaksanakan usaha baik ini.

Tahniah kepada pengurusan Surau Ar Rahman atas usaha untuk menyediakan kemudahan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran sewajarnya kepada anda semua yang terlibat di dunia dan akhirat.