Archive | March, 2012

Singgap Sekejap di Johor Premium Outlet

31 Mar

Blog ini dipost dari Johor Premium Outlet di Kulai Jaya. Ini pertama kali sampai di sini dan persinggahan ini sementara tunggu fligt balik ke KL petang nanti. JPO terdiri dari outlet barangan berjenama dan merupakan persinggahan membeli belah yang aku rasa sesuai untuk kategori masyarakat menengah dan atas. Setiap jenama barangan popular hanya ada satu kedai sahaja di sini.

Masalah letak kereta tidak timbul kerana banyak tempat letak, kereta disediakan. Terdapat juga food court dan jika perlukan wang tambahan, ada Maybank di sini.

OK lah, ini mobile blog sebenarnya, jadi tak naklah tulis banyak-banyak.

Legoland Malaysia Site Visit

31 Mar

Hari ini mendapat peluang untuk melawat site Legoland Malaysia di Nusajaya, Johor. Lawatan ini adalah atas undangan Millenium Associate bagi pihak Legoland Malaysia. Aku tidak menyangkan hanya empat orang sahaja dikenalpasti untuk lawatan ini,  tiga orang blogger termasuk aku dari KL dan seorang pemberita dari Johor. Rasa terharu juga kerana telah dikenalpati oleh pihak penganjur. Pada mulanya aku  menyangka ramai blogger akan bersama-sama dalam rombongan.

Semasa menghubungi pegawai yang mengurus lawatan kami di Kuala Lumpur, aku dimaklumkan bahawa ada dua orang lagi akan bersama-sama dalam penerbangan. Mungkin ramai lagi blogger sekitar Johor akan turut serta nanti. Namun apabila sampai ke Seri Medini, tempat yang dikenalpasti untuk pertemuan, hanya kami bertiga sahaja dari Kuala Lumpur dan ada dua orang pemberita dari Johor. Namun hanya seorang sahaja yang dapat turut serta.

Bagi aku ini merupakan satu pengalaman kali pertama diundang untuk membuat review dan apa yang membuat aku rasa usahaku berblog selama ini mendapat imbuhan. Walaupun tidak dibayar apa-apa untuk tugasan ini tetapi menjadi pilihan diantara ribuan blogger yang juga menulis tentang travel, aku dikenal pasti adalah satu penghormatan.

Kami dibawa melawat tapak Legoland Malaysia yang sedang dalam pembinaan dan  dijangka siap serta dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2012 nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di lamam web LEGOLAND di http://www.legoland.my. Aku akan buat posting tentang lawatan ke tapak Legoland Malaysia dalam blog utama apabila balik nanti.

image

Legoland Malaysia sedang dalam pembinaan