Di Ambang Ramadhan

9 Aug

Ramadhan akan tiba dan pastinya ramai yang menunggu ketibaan bulan mulia ini dan tak kurang juga yang kurang senang dengan kehadirannya.

Sempena bulan mulia ini juga Surau Al Mutaqqin, tempat aku tinggal akan meriah dengan ibadah khususnya solat Tarawikh setiap malam.

Setiap tahun solat Tarawikh diimamkan oleh pelajar tahfiz dari Mesjid Seri Petaling, Kuala Lumpur. Namun pada tahun ini jemaah Surau Al Mutaqqin akan mendapat khidmat dari dua orang pelajar dari Madrazahtul Quran Kubang Bujuh, Terengganu. Dua imam yang akan memimpin sembahyang Tarawikh terdiri En Jamal bin Al Habib berusia 28 tahun dan En. Abd Ghafur Locman berusia 19 tahun. Kedua-dua imam tersebut berasal dari Marawi City, Mindanao, Filipina.

Atas: Penghulu Vista MSN, Tn Hj. Othman bin Hussin dan Ketua Blok B, En. Aminuddin Hussin sedang berkenalan dan beramah mesra dengan dia Imam yang datang buat kali pertama ke Surau Al Mutaqqin.

Atas: En Jamal Al Habib

Atas: En Abd Ghafur bin Locman

Posted with WordPress for BlackBerry.

Leave a comment