Archive | August, 2011

SELAMAT AIDIL FITRI 1432 H

30 Aug

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf jika ada tulisan atau posting saya yang menyinggung hati. Semoga Syawal tahun ini memberikan keberkatan kepada kita semua.

Majlis Berbuka Puasa MSN

11 Aug

Majlis diadakan di Dewan Komanwel dan dihadiri oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Diadakan juga majlis penyampaian hadiah Skim SHAKAM, SISO dan juga sumbangan Hari Raya kepada atlet-atlet yang akan beraya di luar negara kerana menghadiri pertandingan.

Juga diampaikan hadiah kepada pemenang Cabutan Bertuah SUKMA yang diadakan di KL pada awal tahun ini.
Majlis diserikan dengan bacaan Al Quran oleh finalis Imam Muda musim kedua dan juga Nasyid oleh Now Sweet Heart.

Selamat Menyambut Ramadhan

1 Aug

Hari ini sudah masuk nalam pertama bulan Ramadhan. Kepada semua pembaca blog ini saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarrak. Semoga bertambah usaha untuk beribadah di bulan mulia ini.