MITBCA 2012

8 May

Now attending the inaugural Malaysia International Tourism Blogger 2012 at Seri Pacific Hotel, kuala Lumpur. The conference will be held for two days beginning 8th May 2012. In conjunction to this Conference there will be a Tourism Blogger Award at Saloma Bistro, Jalan Ampang on 8th May.

Tags:

Malam Anugerah Astro Arena

24 Apr

Sedang berada di Rennaisance Hotel Jalan Ampang untuk Anugerah Astro Arena 2012. Majlis diserikan oleh YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Majlis ini untuk menghargai pengorbanan atlet kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Singgap Sekejap di Johor Premium Outlet

31 Mar

Blog ini dipost dari Johor Premium Outlet di Kulai Jaya. Ini pertama kali sampai di sini dan persinggahan ini sementara tunggu fligt balik ke KL petang nanti. JPO terdiri dari outlet barangan berjenama dan merupakan persinggahan membeli belah yang aku rasa sesuai untuk kategori masyarakat menengah dan atas. Setiap jenama barangan popular hanya ada satu kedai sahaja di sini.

Masalah letak kereta tidak timbul kerana banyak tempat letak, kereta disediakan. Terdapat juga food court dan jika perlukan wang tambahan, ada Maybank di sini.

OK lah, ini mobile blog sebenarnya, jadi tak naklah tulis banyak-banyak.

Tags: , ,

Legoland Malaysia Site Visit

31 Mar

Hari ini mendapat peluang untuk melawat site Legoland Malaysia di Nusajaya, Johor. Lawatan ini adalah atas undangan Millenium Associate bagi pihak Legoland Malaysia. Aku tidak menyangkan hanya empat orang sahaja dikenalpasti untuk lawatan ini,  tiga orang blogger termasuk aku dari KL dan seorang pemberita dari Johor. Rasa terharu juga kerana telah dikenalpati oleh pihak penganjur. Pada mulanya aku  menyangka ramai blogger akan bersama-sama dalam rombongan.

Semasa menghubungi pegawai yang mengurus lawatan kami di Kuala Lumpur, aku dimaklumkan bahawa ada dua orang lagi akan bersama-sama dalam penerbangan. Mungkin ramai lagi blogger sekitar Johor akan turut serta nanti. Namun apabila sampai ke Seri Medini, tempat yang dikenalpasti untuk pertemuan, hanya kami bertiga sahaja dari Kuala Lumpur dan ada dua orang pemberita dari Johor. Namun hanya seorang sahaja yang dapat turut serta.

Bagi aku ini merupakan satu pengalaman kali pertama diundang untuk membuat review dan apa yang membuat aku rasa usahaku berblog selama ini mendapat imbuhan. Walaupun tidak dibayar apa-apa untuk tugasan ini tetapi menjadi pilihan diantara ribuan blogger yang juga menulis tentang travel, aku dikenal pasti adalah satu penghormatan.

Kami dibawa melawat tapak Legoland Malaysia yang sedang dalam pembinaan dan  dijangka siap serta dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2012 nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di lamam web LEGOLAND di www.legoland.my. Aku akan buat posting tentang lawatan ke tapak Legoland Malaysia dalam blog utama apabila balik nanti.

image

Legoland Malaysia sedang dalam pembinaan

Tags: , ,

Kat Bengkel Kereta

29 Feb

Ni ada sebuah bengkel kat Taman aku tinggal. Memang dah lama dah tapi hari ini baru kali pertama hantar kereta ke sini. Taklah jauh sangat dari rumah. Walaupun bengkel hanya makeshift, tetapi mekaniknya sudah lama buka bengkel ditempat lain.

Semalam sudah datang untuk tukar distributor cable sebab enjin dah bunyi macam tiga silinder je. Hari ini sambung untuk servis aircond pula.

Frasers Hill

20 Feb

Post ini dihantar dari Frasers Hill. Hari kedua stay sini. Duduk Pine Resorts. Hujan renyai dari pagi. Boring kalau tak ada transport. Resort pula 1.7 km dari pusat bandar. Tempat sesuai untuk bercuti dan rehat atau mencari ketenangan. Namun jika hendak membawa anak-anak untuk bercuti, memang agak membosankan bagi mereka. Sementara bagi pasangan yang baru kahwin bolehlah jadikan tempat peranginan ini sebagai salah satu destinasi untuk berehat selepas berpenat lelah mengadakan majlis kenduri kahwin.

image

Malaysian Social Media Week

17 Feb

Went to the MSMW 2012 at PWTC. Was not as expected when there is not much activity going on. Some of the booth were either not opened or maybe have closed down. Maybe because the main event of the week that is the seminar was over and whatever left are only the leftovers. Sorry to think it this way.

I signed up a few inline application such as octopost, telemedicine online, coupun xcess and vouchere’s.

The MSMW 2012 was held on 13 to 16 Feb 2012.

Tags:

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 486 other followers